Dari kuching, sambung memancing ke rawang
21 April 2006. Sejak kat kuching lagi cepet dah ajak pergi mancing siakap. So, selepas balik ke KL dia dah set awal-awal untuk pergi memancing kolam air masin malam ni. Aku pulak tertekan sebab tak dapat ikan kat kuching terima tawaran untuk mencuba nasib sekali lagi walaupun aku tau, hari jumaat bukan hari menarik untuk aku.
Lepas kerja, aku stay ofis sampai malam. Kebetulan apek kerja petang so aku ajak dia sekali. Aku bawak dia balik rumaah. Masa aku sampai cepet dah ada menunggu. So aku naik rumah dan ambik barang mancing aku. Malam nih wife cepet lepak rumah aku. Mungkin taknak tinggal rumah sengsorang, lepak dengan wife aku atleast ada benda nak buat. Maklumlah... kembar.
Masa kitorang sampai sana, kebetulan pekerja kolam tengah nak lepaskan ikan. Aku berdiri kat tepi mengira-ngira berapa ekor yang dilepaskan. Bukan apa, nak tau berapa banyak dilepaskan untuk hari jumaat malam sabtu. Aku pun dah cakap kat cepet, mancing hari jumaat nih tak beberapa menarik. "Kita tengok dulu... banyak tak dia lepas ok". Aku bincang dengan cepet mengajak tengok keaadaan. Kalau ikan banyak dilepaskan, mungkin ada peluang.
Tak lama selepas ikan dikeluarkan dari sangkar, kitorang terus daftar masuk. Ambik pakej midnight; boleh mancing sampai 7 jam. Aku set tempat yang menarik sebelah lubuk siakap. Malam nih aku guna pak mano aku yang dipasang dengan rod aku yang baru dibeli dari kuching. Pak abu aku serahkan kat apek walaupun aku tau, favorite apek ialah pak mano. Apek setuju walaupun aku bagi tau dia tali pak abu agak berat... 25 pound dan dia mungkin ada masalah nak baling jauh. Dia ok je.
Seperti yang aku jangkakan, malam nih memang tak menarik. Takde aksi tarik mangsa lagi walaupun dah lama menunggu. Apek pulak masih kelihatan cuba-cuba nak bermain dengan udang yang dijadikan umpan tapi agak kecewa, perambut dan tali utama yang berat membuatkan pergerakkan udang tak terasa. "Apsal udang aku tak bergerak hah?" keluh apek. Cepet pulak sabar menuggu. Umpan udang tak ditukar walaupun udang dah putih, mati dan kakinya habis dilahap lampam.
Waktu memancing habis dengan aktiviti melihat orang lain naikkan ikan. Kebanyakkan aksi dari kumpulan yang lepak dibelakang kincir. Kitorang yang duduk bersebelahan cuma berborak sekali-sekala memecahkan kesunyian. Masih menunggu dan mangantuk dan cemburu dengan nasib orang lain yang dapat ikan kat belakang kincir. Namun malam ni kumpulan tadi agak awal balik, cuma tinggal dua orang sahaja. Aku cepat-cepat mencelah ke tepi bila ada ruang kosong yang ditinggalkan. Diikuti dengan apek dan cepet melabuh tempat baru disebelah.
Aku jeling kat cepet yang duduk disebelah apek sedang mengenakan sweater disebabkan tak tahan dengan sejuk. Kemudian mengemaskan kerusi untuk melelapkan mata. Joran dia tidak disentuh langsung, dibiarkan dengan umpan udang yang dah lama memutih. Tiba-tiba, belum sempat cepet melayan mata, apek memecahkan suasana bosan, mengarahkan cepet bangun dari kepenatan. Joran yang bergoyang disentap keatas. Harapan kini bertukar menjadi kenyataan buat cepet, mangsa pertama sedang dijinakkan dengan mesin aksi serdehana dan tali yang ringan menambahkan lagi keseronokan menarik mangsa.
Apek berlari mendapatkan sauk yang dah lama dibiarkan tersandar ditepi tiang. Sabar menanti cepet membawa ikan ketepi dan bersedia untuk menyauk nya keluar bila ada peluang. Aku cuma memerhati keaadan terdesak dorang sambil membiarkan apek membantu cepet. Akhirnya, berjaya juga cepet melemahkan mangsa dan apek berjaya mengeluarkan ikan dari dunianya. Siakap pertama cepet dari kolam GP rawang; habuan yang bakal mengkronikkan lagi gian cepet.Pada masa yang sama kiorang didatangi seorang cina yang agak berumur. Dah lama aku perasan cina nih. Tadi masa aku tengah casting di seberang kolam, aku terjumpa dia tengah mengomel sengsorang. Kali ni dia lepak kat sebelah kitorang pulak. Membebel. Aku pulak agak sakit hati bila tali pancing dia selalu berada di atas kepala aku. Maklumlah, tak dapat ikan lagi. Perangai dia membebel menjengkelkan aku tapi masih bersabar.
Tak tahan dengan bebelan dia aku pun "Apalagi rembat lahhh!" menyuruh dia yang sedang bising supaya menarik jorannya yang dirasakan seperti telah mengena. Tak lama, bahasa aku didengarnya, joran disentap, tapi malangnya bukan ikan tapi tersangkut tali aku. Aku lagilah hangin. Selepas tali dilerai, kelihatan cina tadi agak menjauhkan diri tapi masih ditempat yang sama.
Sabar aku agak teruji, aku tahu harapan aku hanya tingal harapan, apek pulak tak menampakkan sebarang kekecewaan walaupun aku tau itu yang dirasakan. Tujuh jam, tiga orang, cuma seekor ikan. Namun begitu aku tetap anggap ia sebagai rezeki dan nasib. Kalau diberikan takdir aku dapat, dah tentu ada yang mengena. Tapi syukurlah walaupun hanya seekor sebab aku tahu, ada orang lain senasib dan lebih teruk dari aku.
















